RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan salah satu pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi (Program Pengupayaan Kendiri). AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik dalam kalangan pegawai awam dan telah diberikan latihan serta kemahiran bimbingan yang membolehkan mereka berperanan sebagai pembimbing rakan sekerja atau Ahli AKRAB. Program ini berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membantu membangunkan potensi yang ada pada diri pegawai.

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang ditauliahkan sebagai ahli AKRAB setelah berjaya mengikuti Kursus Pra AKRAB, sepertimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) Ceraian PO.3.1.1 Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Akrnonim A.K.R.A.B membawa maksud nilai-nilai insaniah iaitu Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.