PEMENTORAN
Pementoran adalah program latihan dalam perkhidmatan yang menggunakan konsep saling berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman (tacit knowledge). Proses pembelajaran ini memberi fokus kepada bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional (terlatih dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.
Program Pementoran dikategorikan sebagai salah satu program melalui Program Pengupayaan Kendiri (PPK) sebagai kaedah dalam mengurus sumber manusia yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan diri pegawai. Ia merangkumi aspek penilaian, bimbingan, khidmat nasihat, sokongan dan penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri.
- Pementoran Kompetensi
Program yang memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi (kemahiran, pengetahuan, nilai kerja) pegawai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. - Pementoran Kepimpinan
Program ditujukan kepada pegawai yang berada dalam atau disasarkan untuk jawatan kepimpinan, untuk membimbing mereka dalam aspek kepimpinan, visi organisasi, budaya kerja, dan pembangunan potensi sebagai pemimpin.
Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022), Ceraian P.O 3.1.1: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang mana ia merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan).
Mentor
- Mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik seperti mudah memberi dorongan dan sokongan, penyabar, dihormati, mampu mengawal emosi dan mempunyai semangat kesukarelaan;
- Boleh menjadi role model kepada pegawai lain dari segi kesungguhan melaksanakan kerja/tugasan harian;
- Menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan
- Telah berkhidmat lebih daripada tiga (3) tahun dalam perkhidmatan awam.
Menti
- Pegawai lantikan baharu dan pegawai baharu dinaikkan pangkat.
- Bersedia menerima bimbingan dan tunjuk ajar dari mentor