INTERVENSI KAUNSELING DAN
KONSULTASI PSIKOLOGI

INTERVENSI KAUNSELING

Satu proses perhubungan menolong secara profesional yang berasaskan prinsip-prinsip psikologi dan dilaksanakan oleh kaunselor mengikut Kod Etika Kaunselor. Proses ini bertujuan membantu klien meneroka, menganalisis dan memahami diri agar dapat membuat keputusan dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Service Icon

KAUNSELING INDIVIDU

Proses perhubungan menolong yang dijalankan antara kaunselor dan klien secara profesional dengan tujuan membantu klien meneroka, memahami diri, serta membuat keputusan secara rasional dan bertanggungjawab.

KAUNSELING KELOMPOK

Proses perhubungan menolong antara kaunselor dengan lebih daripada seorang klien yang berkongsi matlamat untuk memahami diri, membina kemahiran sosial dan menyelesaikan masalah secara bersama.

KAUNSELING KERJAYA

Proses perhubungan menolong yang dijalankan secara profesional bagi membantu individu mengenal pasti minat, kemahiran dan nilai kerja, serta menangani isu yang timbul sepanjang perjalanan kerjaya bermula dari tempoh lantikan hingga ke persaraan.

INTERVENSI PRESTASI SEDERHANA

Intervensi prestasi sederhana dilaksanakan bagi membantu pegawai yang memperoleh markah penilaian prestasi pada julat 60% hingga 79.99%. Tujuan intervensi ini adalah untuk mengenal pasti punca prestasi sederhana dan membantu pegawai mengatasi isu yang dihadapi melalui bimbingan, latihan, serta pemantauan berterusan agar prestasi dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

TEMPOH PEMERHATIAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

Dasar Pemisah merupakan dasar yang menetapkan penamatan perkhidmatan atau persaraan bagi pegawai yang berprestasi rendah dalam perkhidmatan awam, iaitu pegawai yang memperoleh Nilaian Prestasi Tahunan (NPT) kurang daripada 60% atau KPI di bawah sasaran (below target). Tempoh pemerhatian pula merupakan fasa pemulihan dan pemantauan terhadap pelaksanaan tugas pegawai bagi memberi ruang memperbaiki prestasi. Sepanjang tempoh ini, intervensi prestasi dilaksanakan bagi membantu pegawai mengenal pasti punca masalah, membangunkan potensi, serta mengatasi isu prestasi yang dihadapi agar dapat mencapai tahap prestasi yang memuaskan.

Service Icon

KONSULTASI PSIKOLOGI

Konsultasi psikologi ialah proses memberi nasihat atau panduan profesional berasaskan prinsip psikologi bagi membantu individu atau organisasi menangani isu psikologi dan meningkatkan kesejahteraan.