VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memastikan supaya warga kementerian berdaya saing dan berintegriti dalam pembangunan modal insan melalui aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan sumber manusia dan pembangunan modal insan sejajar dengan wawasan negara melalui:

  • Menjadi pakar rujuk perkhidmatan psikologi;
  • Merancang keperluan perkhidmatan psikologi;
  • Melaksanakan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan; dan
  • Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dalam sektor awam.

OBJEKTIF

  • Melaksanakan dan memantau dasar-dasar perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia di PETRA berdasarkan aplikasi psikologi dalam penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi;
  • Mengurus dan melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling melalui pendekatan pembangunan, pencegahan dan pemulihan kepada warga PETRA; dan
  • Menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga PETRA secara profesional dan beretika.