PEMBANGUNAN PERSONEL
2026
ππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ ππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan PETRA Tahun 2026 pada 4 hingga 6 Februari 2026 bertempat di eRYA by SURIA, Hot Spring, Bentong, Pahang. Seramai 26 orang peserta dari Bahagian/Unit di Kementerian telah menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan melalui peningkatan kefahaman peranan dan tanggungjawab serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja terhadap visi, misi dan nilai organisasi. Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus Pengukuhan Pasukan PETRA 2026. Semoga ilmu dan pengalaman yang diraih dapat memantapkan amalan kerja beretika, bertanggungjawab dan akauntabiliti selaras dengan prinsip perkhidmatan awam.
πππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Pementoran Kompetensi pada 24 April 2026 bertempat di Menara PETRA.
Seramai 9 orang mentor dan 9 orang menti telah diberikan pendedahan mendalam mengenai konsep pelaksanaan program pementoran kompetensi yang akan berjalan selama enam (6) bulan. Objektif utama program adalah untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, meningkatkan hubungan professional dan membina keyakinan diri melalui sistem sokongan moral daripada pegawai yang lebih berpengalaman. Program Pementoran Kompetensi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datoβ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA. Ribuan terima kasih atas sokongan padu daripada pihak pengurusan tertinggi, mentor dan menti dalam menjayakan inisiatif strategik ini.
πππππππ πππππππ πππππππππππ ππππ π - πππππππ πππππππ πππ (ππππππ)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah mengadakan Program Jelajah Psikologi2U Siri 1 Tahun 2026 di Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA), dan Loji Rawatan Air, Jalan Kolam, WP Labuan pada 28 hingga 29 April 2026. Program ini disertai seramai 70 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Bekalan Air (JBA), WP Labuan. Tujuan pelaksanaan inisiatif Program Jelajah Psikologi2U PETRA Tahun 2026 ini ialah untuk memaksimumkan penyampaian perkhidmatan psikologi kepada seluruh warga PETRA yang meliputi aspek penilaian personel, intervensi dan pembangunan personel. Sasaran utama pelaksanaan Program Jelajah Psikologi2U ini ialah untuk membuang stigma negatif dan memberikan naratif positif berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga kerja PETRA. Melalui aktiviti β aktiviti yang dilaksanakan, program ini dijangka dapat meningkatkan kesejahteraan mental dengan membantu pegawai mengurus stress, perubahan set minda dan cabaran psikologi di tempat kerja. Ia juga merupakan suatu program sokongan kerjaya yang berterusan dengan kandungan program bersifat inklusif di mana modul yang disediakan relevan untuk semua peringkat perkhidmatan bermula daripada pegawai yang baru dilantik sehinggalah kepada mereka yang bakal bersara. Diharapkan melalui pelaksanaan Program Jelajah Psikologi2U ini, para peserta dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental serta memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas dalam mengurus emosi, tekanan dan kesejahteraan diri secara berkesan.
πππππππ ππππ ππ ππππππ πππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan Seminar Buli di Tempat Kerja yang disampaikan oleh YM Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Seminar ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mendalam kepada warga PETRA seperti mengenali buli dan teknik resiliensi psikologi kepada warga kerja mengenai cara menangani persekitaran kerja, di samping memperkukuh teknik jati diri serta ketahanan mental dalam mendepani cabaran profesionalisme. Semoga input yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mewujudkan budaya kerja yang lebih harmoni, saling menghormati dan produktif.
πππππππ ππππππ ππππ & ππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Scenic Walk & Heal pada 23 Mei 2026 bertempat di Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. Program ini merupakan inisiatif di bawah Program CSR AKRAB dan Pementoran PETRA yang bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya. Program ini juga turut memupuk kesejahteraan fizikal dan mental peserta, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar melalui aktiviti kesukarelawanan dan pemeliharaan kawasan rekreasi. Selain itu, program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim, menyemai nilai kepedulian terhadap komuniti dan memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan peserta, selaras dengan tema βKecilkan Jejak, Besarkan Manfaatβ.
KURSUS PASCA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB): PENGURUSAN EMOSI
Kementerian Peralian Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah mengadakan Kursus Pasca AKRAB: Pengurusan Emosi PETRA pada 9-10 September 2026. Kursus ini diserta seramai 34 orang ahli AKRAB PETRA. Kursus ini dikendalikan oleh Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip merupakan Profesor di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kursus ini memberikan peranan ahli AKRAB adalah kritikal sebagai ejen intervensi rakan sebaya yang bertindak sebagai barisan hadapan dalam menangani isu psikososial di tempat kerja. Sehubungan itu, pemilihan ahli AKRAB sebagai peserta utama bengkel ini adalah langkah strategik untuk mentransformasikan mereka daripada sekadar pendengar kepada pembimbing yang kompeten. Melalui penguasaan modul CBT-H, mereka diperkasakan dengan instrumen yang lebih teknikal dan sistematik untuk membantu rakan sekerja menguruskan krisis emosi. Penglibatan ini bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran bimbingan mereka, malah berfungsi sebagai mekanisme perlindungan diri bagi mengelakkan kelesuan bantuan sekali gus memastikan kelestarian perkhidmatan sokongan psikologi dalam organisasi pada tahap yang optimum.
SESI TAKLIMAT FAMILIARISASI PANDU CITRA PETRA
Kementerian Peralian Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah mengadakan Sesi Taklimat Familiarisasi Pandu Citra PETRA pada 18 September 2026 (Jumaat). Kursus ini diserta seramai 108 orang warga PETRA dan Jabatan. Kursus ini dikendalikan oleh Alena A/P Arokiasamy Perunding Latihan Kanan daripada Institut Tadbir Awam Negara INTAN Bukit Kiara Kuala Lumpur. Sesi taklimat ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada warga PETRA mengenai inisiatif dan panduan berkaitan pelaksanaan Pandu Citra serta memberi nilai tambah kepada pegawai bagi mengenal pasti keupayaan dan menjana kreativiti dalam mencapai matlamat. Ia juga memberi ruang dan peluang untuk pegawai mengenal pasti potensi yang ada pada sendiri (self-aweress) menerusi kemudahan untuk melaksanakan sesuatu tindakan.
PROGRAM SINERGI SEJAHTERA : INTEGRASI KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah mengadakan Program Sinergi Sejahtera : Integrasi Kesihatan Mental dan Fizikal pada 13 Julai 2026 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program ini disertai seramai 90 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian/Unit/Jabatan dan Agensi di bawah PETRA. Program ini menampilkan YBrs. Prof. Dr. Muhammad Aziz Shah bin Mohamad Arip, Pensayarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku penceramah Slot Kesihatan Mental dan juga Coach Hanif Loid, Pempengaruh Media Sosial dan Selebriti Kecergasan selaku pengendali Slot Kesihatan Fizikal.
Penganjuran Program Sinergi Sejahtera: Integrasi Kesihatan Mental dan Fizikal telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran warga PETRA mengenai kepentingan menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal sebagai asas kepada kesejahteraan diri dan kecemerlangan organisasi.
Melalui pengisian program yang merangkumi perkongsian berkaitan kesihatan mental dan kesihatan fizikal, para peserta telah memperoleh pengetahuan, kemahiran serta kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, mengurus tekanan secara positif, dan memperkukuhkan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan serta persekitaran kerja.
Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kerja yang lebih sihat, harmoni dan produktif. Selain memberi manfaat kepada individu, amalan menjaga kesejahteraan secara menyeluruh juga diyakini mampu menyumbang kepada peningkatan motivasi, keseimbangan emosi, produktiviti serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala sebagai salah satu inisiatif memperkukuh agenda kesejahteraan psikologi dan kesihatan warga PETRA, selaras dengan aspirasi melahirkan modal insan yang berdaya tahan, berprestasi tinggi dan mengamalkan budaya kerja MADANI.
BENGKEL PEMANTAPAN PERHUBUNGAN PEMENTORAN PETRA 2026
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perhubungan Pementoran pada 28 September 2026 bertempat di Bilik Makan VIP, Aras 13, Menara PETRA. Bengkel ini disertai seramai 11 pasangan mentor dan menti yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Siti Hasiah binti Hj. Jusoh, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF). Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkukuh kemahiran mentor dan menti PETRA dalam aspek bimbingan dan pembangunan diri, menyokong peningkatan prestasi kerjaya serta kesejahteraan psikososial, di samping meningkatkan kecekapan dalam aspek personal, sosial, budaya dan profesionalisme sebagai penjawat awam.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menamatkan bengkel dengan jayanya. Semoga ilmu yang telah diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kementerian, perkhidmatan awam dan negara.
2025
TAKLIMAT DAN MESYUARAT PEMENTORAN KEPIMPINAN SEKTOR AWAM PETRA TAHUN 2025
Taklimat Program Pementoran Kepimpinan Sektor Awam Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 2 Oktober 2025 di Bilik Mesyuarat Amber, Menara PETRA.Seramai 7 orang mentor dan 17 orang menti telah diberikan pendedahan mendalam tentang konsep dan pelaksanaan program kepimpinan yang akan berjalan selama tiga (3) bulan. Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan perkongsian pengalaman, meningkatkan hubungan profesional, dan memantapkan kepemimpinan organisasi. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoβ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA. Ribuan terima kasih atas sokongan padu daripada pihak pengurusan tertinggi, mentor, dan menti dalam menjayakan inisiatif kepimpinan yang strategik ini.
HARI PSIKOLOGI PETRA 2025 "Bekerja dengan Jiwa, Bahagia Selalu Ada"
Majlis ini diadakan pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA yang bertemakan Γ’β¬ΕBekerja Dengan Jiwa, Bahagia Selalu AdaΓ’β¬Β dan dihadiri oleh seramai 153 orang warga PETRA. Objektif utama Hari Psikologi ini adalah untuk memanifestasikan kepada usaha untuk menjiwai pekerjaan dengan niat ikhlas, empati dan tanggungjawab kerana di sebalik setiap tugasan yang dilaksanakan, terselit ruang untuk bahagia dan memberi makna kepada kehidupan. Bersempena Hari Psikologi PETRA 2025 ini juga telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Mentor Menti bagi Program Pementoran Kepimpinan PETRA 2025. Selain itu terdapat sesi ceramah bertajuk Γ’β¬ΕMembersih Jiwa, Menjemput BahagiaΓ’β¬Β yang disampaikan oleh Tuan Haji Fadzli Aziz, Kaunselor Rumahtangga dan Motivator TV & Radio pada sesi sebelah pagi. Pada sesi sebelah petang telah berlangsung ceramah yang bertajuk Γ’β¬ΕBekerja Dengan Jiwa, Bahagia Selalu AdaΓ’β¬Β yang menampilkan Chef Selebriti dan Ikon Kulinari Malaysia, Datuk (Dr) Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Aktiviti - aktiviti menarik lain yang turut diadakah ialah Regangan Santai (Aerodance), Kuiz Kahoot! dan X-Break.
KURSUS PRA PERSARAAN PERSEDIAAN PSIKOLOGI SEBELUM PERSARAAN (OASIS)
Kursus Pra Persaraan - Persediaan Psikologi Sebelum Persaraan (OASIS) diadakan pada tarikh 8 hingga 10 September 2025 bertempat di Hotel Copthorne, Cameron Highlands, Pahang. Seramai 27 orang peserta dari Bahagian/Jabatan di bawah PETRA yang merupakan bakal pesara bagi tempoh 2026 hingga 2029 telah menghadiri kursus ini. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai faedah persaraan dan kaedah menjalani kehidupan persaraan dengan lebih sejahtera, produktif dan bermakna. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Psikologi dengan menggunakan modul Pra-Persaraan yang dibangunkan sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
KURSUS AMAZING STAFF "Work with Heart and Mind"
Kursus ini telah diadakan pada 26 Ogos 2025 (Selasa) secara dalam talian. Kehadiran kursus ini adalah seramai 216 orang peserta. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan suntikan semangat kerja yang lebih positif dan bermakna kepada peserta agar mereka mampu bekerja dengan lebih berdaya tahan, ikhlas dan berintegriti walaupun dalam keadaan mencabar.
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI "Kewangan Cemerlang Hidup Terancang"
Seminar ini diadakan pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA. Penganjuran ini merupakan kerjasama strategik antara Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan PUSPANITA PETRA. Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan pemahaman warga PETRA tentang keperluan pengurusan kewangan peribadi yang lebih berkesan.
KURSUS LITERASI KEWANGAN
Kursus ini telah diadakan pada 8 Ogos 2025 (Jumaat) secara dalam talian dengan memberi tumpuan khusus kepada pegawai yang telah disenarai pendek oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan isu keterhutangan serius dengan objektif utama untuk memperkasakan mereka mengurus dan memulihkan kewangan peribadi secara berkesan. Kursus ini telah dihadiri seramai 20 orang pegawai dan disusuli dengan sesi konsultasi kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) .
KURSUS SERONOKNYA BERKERJA "Kerja dengan Vibe, Bukan Sekadar Survive"
Kursus ini diadakan pada 5 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA dan dihadiri oleh seramai 144 orang warga PETRA. Objektif utama kursus ini adalah untuk mewujudkan budaya kerja positif dan harmoni melalui galakan kerjasama, komunikasi berkesan dan hubungan yang sihat antara warga kerja untuk membina persekitaran kerja yang menyeronokkan dan saling menyokong. Kursus ini disampaikan oleh Encik Amin Idris, seorang personaliti media yang berpengalaman dan terkenal dalam dunia latihan motivasi, pembangunan diri dan komunikasi profesional.
BICARA PSIKOLOGI SIRI 2/2025
Bicara Psikologi Siri 2/2025 telah diadakan pada 15 Julai 2025 (Selasa) secara atas talian dan dihadiri seramai 479 orang peserta. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran praktikal (kemahiran daya tindak) kepada peserta untuk mengurus emosi, stres, konflik, dan perubahan tingkah laku dengan lebih berkesan.
BICARA PSIKOLOGI SIRI 1/2025
Bicara Psikologi Siri 1/2025 telah diadakan pada 20 Mei 2025 (Selasa) bertempat di Auditorium NAHRIM. Kehadiran bagi program ini adalah seramai 50 orang peserta. Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta tentang isu-isu psikologi dan kesihatan mental.