KURSUS PROFESIONAL FASILITATOR PETRA 2025
KURSUS PROFESIONAL FASILITATOR PETRA 2025
Kursus Profesional Fasilitator pada 27 hingga 29 Mei 2025 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak. Kursus ini dihadiri seramai 20 orang peserta dari Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah PETRA yang terdiri daripada kalangan ahli AKRAB dan pegawai di Seksyen/Unit Modal Insan telah menghadiri kursus ini. Objektif utama antaranya ialah meningkatkan kompetensi generik pegawai yang terlibat agar dapat menyempurnakan tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Versi 1.0 Tahun 2022 dan memupuk pemahaman yang jelas mengenai peranan dan tanggungjawab fasilitator, termasuk keupayaan untuk bertindak sebagai pemudah cara dalam sesi pembelajaran supaya mencapai objektif yang ditetapkan.