HARI PSIKOLOGI PETRA DAN MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB PETRA 2024
HARI PSIKOLOGI PETRA DAN MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB PETRA 2024
Hari Psikologi PETRA dan Majlis Pentauliahan AKRAB PETRA 2024 diadakan pada 5 Disember 2024 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program ini diadakan sebagai platform untuk berkongsi informasi dan ruang promosi berkaitan fungsi serta peranan perkhidmatan psikologi/kaunseling kepada warga PETRA. Selain itu, bersempena dengan Hari Psikologi PETRA 2024 juga telah diadakan Majlis Pentauliahan AKRAB PETRA Tahun 2024 sebagai memenuhi syarat pentauliahan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).