PENGENALAN
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya yang paling mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) (Surah al-Hujurat : Ayat 13)
PSIKOLOGI
Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan. Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar.
PENUTUP
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya kita dapat saling bantu-membantu dan berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara suami dan isteri, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu kita berbeza supaya untuk saling mengenali dan berkasih sayang.